Lelaki 51 tahun didakwa simbah air panas, terajang, tampar seorang wanita - Utusan Malaysia

Lelaki 51 tahun didakwa simbah air panas, terajang, tampar seorang wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 51 tahun akan dihadapkan ke mahkamah esok kerana didakwa menyimbah air mendidih ke arah seorang wanita serta menerajang dan menamparnya.

Berita Mediacorp melaporkan, pada 11 April lalu, kira-kira pukul 1.15 petang, polis dimaklumkan tentang kes di mana seorang lelaki didakwa menyerang seorang wanita yang mempunyai hubungan dengannya.

Dia dituduh menerajang dan menampar wanita itu semasa bergaduh di Bayfront Avenue, menurut polis hari ini.

“Siasatan menunjukkan lelaki itu dipercayai menyimbah air panas yang mendidih ke arah wanita itu dan didakwa menghantar e-mel mengandungi kata-kata menghina tentang wanita itu kepada anak perempuannya,” menurut Pasukan Polis Singapura.

Lelaki itu diberkas pada hari yang sama.

Dia akan didakwa esok kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja menerusi cara berbahaya, menyebabkan kecederaan dan niat mengganggu, menurut polis.

Jika sabit kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menerusi cara berbahaya, dia boleh dihukum penjara tujuh tahun, didenda, disebat atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Hukuman bagi kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja adalah hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Hukuman bagi kesalahan dengan niat sengaja menyebabkan gangguan adalah tempoh penjara sehingga enam bulan, denda tidak lebih S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya