KM Liberty 1 karam: Enam diselamatkan, sembilan hilang - Utusan Malaysia

KM Liberty 1 karam: Enam diselamatkan, sembilan hilang

PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) melakukan operasi pencarian di perairan utara Bali. - CNN INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebanyak enam orang berjaya diselamatkan selepas sebuah kapal kargo karam di perairan utara Bali pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, sembilan anak kapal KM Liberty 1 dilaporkan hilang.

Ketua Agensi Nasional Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) Gede Darmada berkata, enam anak kapal KM Liberty 1 diselamatkan oleh sebuah lagi kapal, LCT Depasena Dua.

“Isnin lalu, LCT Depasena Dua yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Banete Barat Sumba menemukan sebuah bot penyelamat milik KM Liberty 1.

“LCT Depasena Dua kemudian menjalankan pencarian di sekitar bot dan menemukan enam mangsa yang terselamat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, enam kru kapal berjaya diselamatkan terdiri daripada kapten kapal, Jacobus Wolonterry serta pekerjanya David Makatita, Arif Budi Ruhul, Muhamad Jufri, Hanli Kiuk dan Muhammad Ali.

Sementara itu, Gede berkata, pasukan SAR masih meneruskan operasi pencarian sembilan anak kapal yang hilang.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat mengerahkan puluhan anggota dan beberapa aset untuk membantu operasi pencarian itu.

Dilaporkan, kapal KM Liberty 1 dipercayai karam akibat dibadai ribut dalam kejadian tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.