Kanak-kanak perempuan Afghanistan dibenarkan ke sekolah tidak lama lagi - Utusan Malaysia

Kanak-kanak perempuan Afghanistan dibenarkan ke sekolah tidak lama lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Kementerian Dalam Negeri Afghanistan mengumumkan golongan kanak-kanak perempuan di negara ini akan dibenarkan ke sekolah dalam tempoh terdekat.

Jurucakap kementerian, Qari Saeed Khosty berkata, tarikh kemasukan ke sekolah itu akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan tidak lama lagi.

“Dalam masa terdekat, sekolah dan universiti akan dibuka semula dan kanak-kanak perempuan serta pelajar wanita boleh terlibat dengan semua kegiatan pendidikan,” katanya.

Koresponden Al Jazeera di Kabul, Stefanie Dekker menyatakan, kenyataan Qari menunjukkan Taliban semakin bersikap terbuka terhadap golongan wanita.

“Ini adalah perkara yang kita ingin dengar dari Taliban. Biarpun mengambil masa, tapi tidak mengapa, asalkan semua golongan boleh pergi ke sekolah tanpa diskriminasi.

“Tuntutan ini juga dikemukakan semua komuniti antarabangsa dan sudah tiba masanya Taliban membuktikan keupayan mereka kpada dunia,” katanya.

Taliban yang menguasai Afghanistan pada Ogos lalu memberi jaminan untuk memelihara hak golongan wanita di negara ini biarpun tidak diyakini komuniti antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN