'Jika China dan Taiwan mahu perang, dulu lagi sudah berlaku' - Utusan Malaysia

‘Jika China dan Taiwan mahu perang, dulu lagi sudah berlaku’

PESAWAT E2K Early Warning milik tentera Amerika Syarikat menjalani latihan ketenteraan di Pintunhg, selatan Taiwan pada 15 September 2021. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Sejak kebelakangan ini, China sering melakukan provokasi terhadap Taiwan, termasuk melakukan latihan ketenteraan yang agresif berhampiran wilayah tersebut.

Situasi tegang di antara China dan Taiwan ditambah pula dengan penegasan pemimpin di kedua-dua negara yang saling mempertahankan pendirian mereka.

Persengketaan antara Beijing dan Taipei memberi gambaran kepada dunia bahawa ‘perang antara mereka bakal tercetus pada bila-bila masa’.

Namun, penduduk Taipei mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara tersebut.

Sekumpulan wanita warga emas yang meluangkan masa di sebuah taman di sini berbual mengenai banyak perkara termasuk aktiviti harian mereka.

Bercakap kepada CNN, kesemua wanita warga emas yang kebanyakannya berusia dalam lingkungan 80-an memberitahu mereka sebenarnya tidak risau mengenai ancaman peperangan antara China dan Taiwan.

“Kami langsung tidak bimbang mengenai peperangan yang dimomokkan selama ini.

“Ancaman itu sentiasa ada, namun tidak perlu bimbang, Jika (perang) akan berlaku, sudah lama ia tercetus sebelum ini,” kata seorang daripada warga emas tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Huang.

Sikap tenang mereka sekali gus kontra dengan tindakan agresif ketenteraan China di Selat Taiwan, baru-baru ini, selain tidak menunjukkan hubungan tegang antara pemimpin Beijing serta Taipei.

China dan Taiwan mempunyai pentadbiran kerajaan masing-masing sejak perang saudara berakhir sejak lebih tujuh dekad lalu.

 

PROVOKASI MENINGKAT

Pada bulan ini, Beijing dilaporkan menghantar lebih 150 pesawat tentera melintasi Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ0 Taiwan, sekali gus ‘memecahkan rekod pencerobohan’ yang pernah dilakukan China sebelum ini.

Taipei yang ‘naik angin’ dengan tindakan Beijing itu berikrar untuk melakukan apa sahaja untuk ‘mengajar China’.

Pada 9 Oktober lalu, Presiden China, Xi Jinping cuba bersikap positif apabila menyifatkan ‘penyatuan’ antara China dan Taiwan tidak dapat dielakkan.

Sehari kemudian, Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen menegaskan Taipei sesekali tidak akan tunduk dengan tekanan dari Beijing.

“Tiada sesiapa dapat memaksa Taiwan mengikuti pilihan atau laluan yang ditetapkan China dan masa depan negara ini haruslah ditentukan oleh 24 juta penduduknya,” ujarnya.

 

KAMI BANGSA CINA

Pihak berkuasa Taiwan dan Amerika Syarikat (AS) menjangkakan Beijing mempunyai kapasiti untuk ‘menawan’ kepulauan itu dalam tempoh enam tahun akan datang.

Namun, perkara itu langsung tidak menjejaskan pandangan rakyat Taiwai terhadap kepemimpinan serta kekuatan negara ini berdepan dengan ancaman luar.

Seorang peniaga, Vicky Tsai, 38, percaya China dan Taiwan mempunyai hubungan yang baik.

Katanya, terdapat rakyat Taiwan di China dan begitu juga dengan warga China di sini.

“Kami semua bangsa Cina. Saya tidak rasa ketegangan ketenteraan antara Beijing dan taipei memberi kesan terhadap kehidupan harian rakyat.

“Ketegangan itu melibatkan ‘orang atasan’ dan untuk rakyat, lebih baik kami berusaha mencari duit untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik,” jelasnya.

 

PERTEMPURAN PSIKOLOGI

Seorang petugas media, Liu Ting-ting berpendapat, biarpun ketegangan antara kedua-dua negara terus memuncak, rakyat masih hidup dengan tenteram.

“Orang ramai lebih mengutamakan usaha atau kerja untuk memastikan dapur mereka berasap dan sentiasa ada makanan atas meja setiap hari.

“Apa yang berlaku ketika ini adalah ‘pertempuran atau peperangan psikologi’ dan menjadi pilihan kami sebagai rakyat untuk percaya sama ada Beijing akan merampas Taipei atau sebaliknya,” katanya.

 

AS BANTU TAIWAN?

Pada awal bulan ini, Setiausaha Negara AS, Antonu Blinken menggesa China supaya menghentikan kegiatan ketenteraan di sekitar Taiwan.

Ditanya sama ada rakyat negara ini yakin akan membantu Taiwan bebas daripada cengkaman China, kebanyakannya menzahirkan harapan yang positif.

“Selagi Taiwan tidak berputus asa terhadap kemampuan sendiri, AS pasti akan tolong negara ini,” ujar pemilik premis perniagaan, Lisu Su. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya