Jeff Bezos suntik dana syarikat pemula - Utusan Malaysia

Jeff Bezos suntik dana syarikat pemula

JEFF BEZOS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Syarikat pemula (startup) e-dagang Indonesia, Ula, memperoleh dana AS$30 juta sejak tahun lalu, dilaporkan mendapat kepercayaan orang terkaya di dunia.

Bisnis.com memetik laporan TechCrunch, pengasas Amazon, Jeff Bezos dikatakan telah me­labur dalam syarikat yang baru berusia satu setengah tahun itu.

Syarikat itu ketika ini didukung sejumlah modal teroka (VC) termasuk B Capital Group, Sequoia Capital India, Lightspeed Venture Partners dan Quona Capital, dalam proses terakhir mendapatkan pelaburan lebih AS$80 juta.

Melalui anak syarikatnya, Bezos bersetuju melabur kepada Ula dan pembiayaan itu dirancang untuk melibatkan B Capital Group, Tencent dan Prosus Ventures, yang diharapkan selesai bulan ini.

Minat Bezos terhadap syarikat e-dagang itu adalah ketika Amazon belum memasuki pasaran Asia Tenggara atau mempertahankan pengaruh­nya yang terbatas di rantau ini.

Ketika TechCrunch cuba mengesahkan berita itu, wa­kil Ula tidak menjawab permintaan tersebut.

Ula membantu peruncit kecil untuk memecahkan kebuntuan yang mereka hadapi dalam rantaian bekalan, stok dan modal kerja.

Syarikat itu menjalankan marketplace B2B (business to business) untuk membantu peruncit kecil.

Syarikat pemula itu diasaskan oleh Nipun Mehra (bekas eksekutif Flipkart di India); Alan Wong (sebelumnya di Amazon); Derry Sakti (penyelia P&G di Indonesia) dan Riky Tenggara (sebelumnya di Lazada dan aCommerce).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN