fbpx

25 Oktober 2021, 6:23 am

  TERKINI

Indonesia berbangga, kekuatan ketenteraan nombor satu di ASEAN

PRABOWO SUBIANTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menduduki tangga pertama dalam kekuatan ketenteraan terbaik di Asia Tenggara menurut ranking yang dikeluarkan Global Firepower (GFP).

GFP merupakan laman web ranking ketenteraan dunia.

Kekuatan ketenteraan Vietnam berada di kedudukan kedua terbaik ASEAN diikuti Thailand, Myanmar, Singapura, Malaysia, Filipina, Kemboja dan Laos.

Detik melaporkan, Parti Gerindra menegaskan kedudukan itu merupakan hasil kerja Prabowo Subianto selaku Menteri Pertahanan Indonesia.

Naib Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) daripada Gerindra, Sufmi Dasco Ahmad berkata, prestasi tersebut sepatutnya dihargai dan bukti bahawa Prabowo amat komited bekerja memperkuat pertahanan Indonesia.

“Kerajaan dalam hal ini (Kementerian Pertahanan) di bawah Prabowo Subianto terus melakukan upaya memodenkan sektor pertahanan selain memperkuat Tentera Nasional Indonesia (TNI),” katanya.

Lebih 50 indikator dinilai dalam GFP untuk skor kekuatan ketenteraan setiap negara.

POPULAR

KOSMO! TERKINI