Hospital kenakan caj 'air mata' RM46 - Utusan Malaysia

Hospital kenakan caj ‘air mata’ RM46

TANGKAP layar resit yang diterima wanita itu selepas operasi membuang tahi lalat. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) terkejut selepas dia dikehendaki membayar kos tambahan sebanyak AS$11 (RM46) kerana menangis ketika operasi membuang tahi lalat dilakukan.

Dalam bil tersebut, tertera caj ‘brief emotion‘ serta nilai yang perlu dibayar.

Kos keseluruhan operasi yang perlu dibayar adalah sebanyak AS$234 (RM978).

Terkesima dengan kos tambahan yang tidak dijangka itu, dia kemudian memutuskan memuat naik gambar resit tersebut dalam Twitter.

Dalam hantaran itu, dia menulis ‘menghilangkan tahi lalat: AS$223 (RM932). Menangis: bayar ekstra’.

Ramai warga maya turut terkejut dengan kos tambahan yang dikenakan terhadap wanita itu hanya kerana menangis semasa prosedur tersebut.

Wanita itu dipercayai mengadakan rawatan itu di sebuah hospital yang tidak dinyatakan lokasinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN