Gurun Tandus di Chile berubah jadi kebun bunga - Utusan Malaysia

Gurun Tandus di Chile berubah jadi kebun bunga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO: Gurun Atacama di Chile kelihatan berwarna-warni selepas bunga liar tumbuh mekar di padang tandus.

Pemandangan unik itu membuatkan pemerintah setempat merancang untuk membangunkan sistem pengairan yang akan membuatkan panorama khas musim bunga di sana menjadi lebih kerap.

Mekarnya bunga di gurun itu adalah fenomena alam yang terjadi setiap lima hingga tujuh tahun sekali dengan hamparan pasir kering berganti menjadi hamparan kebun bunga berwarna ungu muda.

Projek sistem pengairan buatan yang dicadangkan oleh Kementerian Pertanian Atacama bertujuan menghasilkan bunga lebih kerap, iaitu sepanjang Ogos hingga September setiap tahun.

Namun begitu, penduduk, pemerhati setempat dan pihak berkuasa seperti Gabenor Atacama, Miguel Vargas bimbang bunga liar yang mekar di kawasan gurun mungkin memiliki kesan negatif.

“Kami tidak setuju dengan idea ini. Kami akan melihat apakah alasan saintifik pengumuman itu yang akan mengganggu fenomena semula jadi seperti bunga mekar secara tiruan,” katanya.

Atacama dikenali dengan daya tarikan kepada pelancong seperti taman negara, pantai dan pemandangan pergunungan.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya