Enam maut bot karam di Brazil - Utusan Malaysia

Enam maut bot karam di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya enam maut dan seorang lagi hilang selepas sebuah bot karam di Sungai Paraguay di Mato Grosso, tengah barat laut Brazil.

Pihak berkuasa memaklumkan mengenai kejadian bot karam itu.

Lapor Xinhua, kejadian berlaku pada Jumaat lalu berpunca daripada angin kencang sehingga mengakibatkan bot itu karam.

Dilaporkan, bot itu yang membawa seramai 21 penumpang termasuk pelancong, meninggalkan Tio Verde di Goias pada 8 Oktober lalu.

Enam mangsa maut merupakan lelaki yang mana empat daripada mereka berasal daripada keluarga sama.

Ketika kejadiann, bot itu berada kira-kira 10 kilometer (km) dari bandar Corumba.

Seramai 14 penumpang yang menaiki bot tersebut berjaya selamatkan diri dengan berenang.

Semalam, pasukan penyelamat menemukan lima mayat selain satu ditemukan pada Jumaat.

Menurut Tentera Laut Brazil, ketika bot itu karam, keadaan angin agak kencang selaju 145 kilometer sejam di kawasan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya