Elon Musk diramal jadi trillionaire pertama dunia - Utusan Malaysia

Elon Musk diramal jadi trillionaire pertama dunia

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sebuah bank pelaburan menjangkakan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk bakal menjadi trillionaire pertama di dunia.

Ramalan itu berdasarkan keupayaan Musk menjana lebih banyak pendapatan hasil daripada perniagaan eksplorasi angkasa lepas SpaceX, lapor The Guardian.

Penganalisis di bank pelaburan, Morgan Stanley memberikan gambaran terhadap hartawan paling kaya di dunia itu melibatkan industri yang berpotensi termasuk infrastruktur angkasa lepas.

“Lebih seorang klien memberitahu sekiranya Elon Musk menjadi trillionaire pertama, bukan disebabkan Tesla, tetapi adalah kerana SpaceX yang merupakan syarikat paling bernilai tinggi di dunia mengatasi semua industri,” katanya.

Menurut Stanley, roket boleh guna semula Starship milik SpaceX boleh membawa orang awam dan kargo ke bulan dan planet Marikh serta berpotensi menjana pelaburan dalam industri angkasa lepas.

Space X bernilai AS$100 bilion dalam penjualan saham sekunder bulan ini, sekali gus menjadikan syarikat swasta terbesar kedua di dunia di belakang syarikat internet, ByteDance.

Musk memiliki saham sekitar 48 peratus SpaceX dan harta bernilai AS$243 bilion (RM972 bilion).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya