Dua penyamun maut selepas curi telefon - Utusan Malaysia

Dua penyamun maut selepas curi telefon

DUA lelaki maut kemalangan selepas mencuri telefon bimbit di Jalan Abdullah Syafei, Jakarta Selatan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Dua penyamun maut kemalangan selepas mencuri telefon bimbit seorang lelaki di Jalan Abdullah Syafei, Kebon Baru, Jakarta Selatan. 

Lapor Kompas.com, Eko yang merupakan mangsa kejadian berkata, dia didatangi seorang lelaki semasa sedang bermain telefon di kawasan jalan tersebut. 

Katanya, lelaki itu berpura-pura bertanyakan soalan kepada dirinya. 

“Beberapa minit kemudian, sebuah motosikal datang dan suspek mencuri telefon bimbit saya. 

“Suspek kemudian melarikan diri dan saya terus mengejarnya sebelum mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik dan tong sampah di pinggir jalan tersebut,” katanya.  

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Cipto Mangunkusumo. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN