fbpx

8 Disember 2021, 3:21 pm

  TERKINI

Dua beradik maut makan buah beracun yang disangka epal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Dua adik-beradik maut selepas makan buah beracun yang disangka epal di kebun milik nenek mereka.

Insiden itu berlaku di perkampungan Montecitos di Rio de oro apabila Jhofran Mathias Chaya, tujuh dan adiknya, Amira Jhasley Chaya, tiga, mengambil buah itu dari pokok kecil yang dinamakan ‘bola de toro’.

Jhofran Mathias Chaya (kanan) dan adiknya, Amira Jhasley Chaya. – AGENSI

Media tempatan, Noticias RCN melaporkan, adik-beradik itu berama ibu bapa mereka melawat neneknya ketika pulang bercuti dari Venezuela.

Seorang jiran, Elias Vanegas menceritakan, dua kanak-kanak tersebut menyangka buah berkenaan adalah epal, lalu memakannya.

“Pada mulanya, tiada apa yang berlaku sehinggalah beberapa jam kemudian apabila mereka mula muntah dan menunjukkan tanda-tanda keracunan.

“Mereka dikejarkan ke hospital dan dirawat selama dua hari sebelum meninggal dunia,” katanya.

Dua kanak-kanak itu dipercayai makan kira-kira 10 biji buah beracun tersebut.

 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI