Ditegur tak pakai pelitup muka, jutawan keluarkan semua wang simpanan - Utusan Malaysia

Ditegur tak pakai pelitup muka, jutawan keluarkan semua wang simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki yang tersinggung selepas ditegur tidak memakai pelitup muka nekad mengeluarkan semua wang simpanannya di dalam bank di China.

Lapor Mirror, pelanggan itu ditegur oleh pengawal keselamatan bank yang memberi peringatan kepada dirinya supaya memakai pelitup muka.

Lelaki itu datang ke bank tersebut untuk melakukan transaksi kewangan.

Bagaimanapun, teguran itu membuatkan jutawan itu tersinggung dan menyatakan kekesalan kepada pegawai bank.

Hartawan itu nekad meminta semua wang simpanannya dikeluarkan segera.

Disebabkan itu, pegawai bank terpaksa bekerja keras mengira dan mengeluarkan wang sebanyak lima juta Yuan (RM3.23 juta).

Difahamkan, wang simpanan lelaki itu sebenarnya lebih banyak daripada jumlah tersebut.

Disebabkan had pengeluaran harian adalah lima juta yuan, dia tidak boleh mengeluarkan semua simpanannya serentak.

Lelaki itu turut berniat ingin datang setiap hari bagi mengeluarkan simpanannya sehingga habis.

Dia turut meluahkan kekesalannya akibat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bank dalam media sosial tanpa memberitahu perkara sebenar.

Pihak bank tampil membuat penjelasan pekerja mereka hanya melaksanakan protokol kesihatan semasa pandemik Covid-19.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya