NASA bangunkan kapal angkasa untuk hancurkan asteroid - Utusan Malaysia

NASA bangunkan kapal angkasa untuk hancurkan asteroid

DART direka oleh NASA bagi menghancurkan asteroid sebagai persediaan mengelakkan batu angkasa itu ‘menyerang’ bumi pada masa depan. – NASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan melancarkan kapal angkasa lepas, The Double Asteroid Redirection Test (DART), bulan depan.

DART direka untuk menghancurkan asteroid dengan kapal angkasa yang terletak sejauh 17.7 juta kilometer dari bumi, lapor Mirror.

Projek itu melibatkan pasukan pakar dari NASA dan Agensi Angkasa Lepas Eropah bagi me­lakukan percubaan teknologi mengelakkan bumi diserang oleh asteroid.

Sekiranya berjaya, pembinaan itu dapat membuka jalan bagi sistem pertahanan planet baharu yang dapat melencongkan batu angkasa sebelum terhempas ke bumi.

Teknologi itu menyerupai filem Hollywood, Armageddon apabila NASA melancarkan kapal angkasa bagi menghalang aste­roid ‘menyerang’ bumi.

“DART akan menjadi demons­trasi pertama teknik pukulan kinetik untuk me­ngubah pergerakan asteroid di angkasa lepas,” kata NASA dalam laman webnya.

Kapal angkasa DART terdiri daripada struktur badan berbentuk kotak berukuran dua kali lebih besar daripada mesin basuh yang turut dipasang dua panel solar sepanjang 18 meter.

Roket SpaceX Falcon 9 yang membawa DART akan dilancarkan dari Pangkalan Tentera Udara Vandenberg, California, 24 November ini.

DART akan menghampiri asteroid Didymos, sembilan bulan selepas itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN