Curi duit suami sebab nak beli rantai - Utusan Malaysia

Curi duit suami sebab nak beli rantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang suami berasa kesal setelah isterinya mencuri wang dalam akaun miliknya untuk membeli rantai bernilai AS$900 (RM3,744).

Sedangkan lelaki itu sudah memberikan hadiah gelang AS$300 dolar (RM1,248).

Suami yang tidak mendedahkan namanya memuat naik cerita tersebut dalam Reddit, lapor Mirror.

Lelaki itu berkata, isterinya meminta gelang tersebut sempena ulang tahun kelahirannya.

“Ulang tahun kelahiran isteri saya sudah berlalu beberapa minggu lalu. Dia sangat jujur dan berterus terang mengenai keinginannya.

“Saya membeli gelang yang diminta itu menggunakan akaun saya sendiri. Sejak mengalami masalah kewangan, hadiah ini cukup berat bagi saya, tetapi saya ingin dia merasa dihargai semasa hari istimewanya,” katanya.

Namun, ketika waktu malam selepas sambutan ulang tahun kelahiran tersebut, dia mendapati isterinya membeli sebuah rantai baharu.

Selepas didesak, akhirnya wanita itu mengaku membeli rantai tersebut menggunakan akaun suaminya kerana tidak yakin lelaki itu akan membelikan hadiah tersebut.

Selepas didesak, wanita itu memulangkan semula rantai yang dibeli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya