Covid-19: Eropah sahaja rekod peningkatan kes pada minggu lalu - Utusan Malaysia

Covid-19: Eropah sahaja rekod peningkatan kes pada minggu lalu

PETUGAS kesihatan melakukan kerja-kerja menyembur cecair pembasmi kuman di stesen kereta api Leningradsky di Moscow, Rusia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tujuh peratus peningkatan kes jangkitan Covid-19 direkodkan di Eropah pada minggu lalu.

Peratusan itu sekali gus menjadikan Eropah sebagai satu-satunya benua yang mencatatkan peningkatan kes di seluruh dunia.

Menurut WHO, terdapat kira-kira 2.7 kes jangkitan baharu dan lebih 46,000 kematian pada minggu lalu di seluruh dunia.

Jelas agensi itu, dua benua merekodkan kes Covid-19 paling tinggi di dunia iaitu Eropah dan Amerika.

Secara global, Amerika Syarikat (AS) merekodkan kes jangkitan baharu paling tinggi iaitu lebih 580,000, manakala Britain, Rusia dan Turki menyumbang kes di Eropah.

Penurunan kes jangkitan paling ketara adalah di Afrika dan Pasifik Barat dengan masing-masing menurun sebanyak 18 dan 16 peratus.

Jumlah kematian di Afrika juga menurun sehingga suku biarpun berdepan dengan masalah kekurangan vaksin Covid-19.

Bagi tiga minggu berturut-turut, kes jangkitan Covid-19 meningkat di Eropah dengan 1.3 juta kes baharu.

Lebih separuh daripada negara dalam blok itu merekodkan peningkatan jumlah kes.

Britain dan Rusia pula mencatatkan peningkatan kes baharu sebanyak 15 peratus.

Sejak beberapa minggu lalu, Rusia berulang kali merekodkan kes jangkitan harian baharu, manakala di United Kingdom, situasi semakin memburuk sejak pertengahan Julai lalu.

Dalam pada itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin kelmarin menyokong cadangan Kabinet untuk membenarkan semua pihak bekerja dari rumah selama seminggu bagi mengawal penularan.

Pihak berkuasa Rusia bertungkus lumus memastikan penduduk menerima vaksin Covid-19, namun hanya 32 peratus penduduk sudah divaksin susulan kekurangan bekalan.

Rusia menyumbang jumlah kematian akibat Covid-19 terbesar di Eropah dengan lebih 225,000 kes. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.