fbpx

3 Disember 2021, 4:17 pm

  TERKINI

Bot karam di Laut Aegean: 20 pendatang diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Pengawal pantai Greece berjaya menyelamatkan seramai 20 pendatang dari sebuah bot yang karam di Laut Aegean.

Menurut agensi keselamatan itu, pihaknya juga sedang mencari beberapa penumpang bot yang dipercayai hilang dalam kejadian tersebut.

“Berdasarkan keterangan pendatang, terdapat kira-kira 27 penumpang yang berada di dalam bot tersebut,” kata pengawal pantai Greece menerusi kenyataan.

Jelasnya, satu operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dalam keadaan cuaca buruk berhampiran Pulau Chios.

Beberapa bot peronda pengawal pantai, sebuah kapal NATO, kapal berhampiran, bot nelayan dan dua helikopter dikerahkan dalam operasi pencarian itu.

Berdasarkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), lebih 2,500 orang menyeberangi Aegean dari Turki pada tahun ini berbanding lebih 9,700 orang pada 2020.

Data agensi menunjukkan lebih 100 orang maut atau hilang dalam kejadian bot pendatang karam pada tahun lepas. – AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI