Bill Clinton masuk ICU - Utusan Malaysia

Bill Clinton masuk ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan California Irvine, University of California akibat jangkitan kuman pada darah dikenali sebagai sepsis.

Beliau ditahan di hospital bagi menjalani rawatan jangkitan yang tiada kaitan dengan Covid-19, lapor Daily Mail.

Difahamkan, beliau kini dalam keadaan stabil, bersemangat dan sempat berterima kasih kepada barisan doktor dan jururawat yang memberikan layanan terbaik.

Bekas presiden berusia 75 tahun itu berasa tidak sihat Selasa lalu, semasa menghadiri majlis berkaitan Yayasan Clinton di California.

Doktor menolak sebarang perkaitan dengan penyakit jantung walaupun Clinton mempunyai rekod pembedahan jantung termasuk pembedahan pada 2004 dan 2010.

Clinton dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas mengambil antibiotik dan dijangka keluar hospital Rabu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya