28 maut, bas terjunam gaung di Nepal - Utusan Malaysia

28 maut, bas terjunam gaung di Nepal

PASUKAN penyelamat dan anggota tentera membantu membawa penumpang cedera ke hospital. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas sebuah bas yang penuh dengan penumpang terjunam ke dalam gaung di barat laut Nepal.

Kejadian itu berlaku di kawasan pedalaman kira-kira pukul 12.30 tengahari (waktu tempatan) selepas tayar bahagian depan bas dilaporkan bocor.

Pegawai daerah Rom Bahadur Mahat berkata, bas itu yang dalam perjalanan dari daerah selatan Banke menuju ke Mugu, dipercayai membawa sekurang-kurangnya 45 orang.

Katanya, kebanyakan penumpang bas itu melakukan perjalanan untuk menyambut perayaan Dashain.

“Kemalangan itu mengakibatkan 28 penumpang maut. Kami ketika ini sedang mengenal pasti identiti mayat.

“Penumpang yang cedera sedang dirawat di hospital,” katanya.

Dilaporkan, beberapa helikopter digunakan untuk membawa mangsa cedera ke hospital.

Pasukan penyelamat pula berusaha mencari mangsa yang terselamat di lokasi kemalangan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN