Bapa dihalang jumpa anak jika tidak divaksin - Utusan Malaysia

Bapa dihalang jumpa anak jika tidak divaksin

SEORANG lelaki tidak dibenarkan berjumpa dengan anaknya sekiranya dia belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) menghalang seorang bapa daripada bertemu dengan anaknya berusia tiga tahun melainkan jika dia mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. 

Lapor Metro, lelaki itu berjumpa dengan anak perempuannya pada setiap hujung minggu sehingga satu pertikaian hak penjagaan tercetus antara bekas isterinya, baru-baru ini.

Berdasarkan laporan Daily Mail, hakim Mahkamah Agung County New York, Matthew Cooper memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya melainkan dia divaksin atau mengemukakan keputusan negatif ujian saringan Covid-19 setiap minggu.

“Permohonan akses ibu bapa untuk berjumpa dan bersama anak yang dikemukakan oleh defendan dilihat tidak merangkumi kepentingan kanak-kanak.

“Terdapat keadaan tertentu yang menyokong penangguhan ini. Wujudnya risiko bahaya apabila individu belum divaksin bersama anak semasa akses ketika virus Covid-19 masih menjadi ancaman,

“Jadi, kesihatan dan keselamatan kanak-kanak tidak boleh sesekali dikompromikan,” kata Cooper yang mengetuai kes perceraian tersebut.            

Lelaki itu yang menetap di Long Island, dikehendaki mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 lengkap atau mengemukakan ujian saringan setiap minggu.

“Dia juga harus menjalani ujian antigen dua minggu sekali dalam tempoh 24 jam sebelum melawat anak perempuannya yang tinggal di Manhattan, setiap hujung minggu,” ujarnya.

Sementara itu, peguam kepada bapa berkenaan, Lloyd Rosen berpandangan keputusan Cooper tidak wajar, sementara disambut baik oleh peguam bekas isterinya.

Cooper merupakan seorang hakim berprofil tinggi yang pernah mengetuai kes perceraian beberapa selebriti terkenal antaranya pelakon Robert De Niro dan bekas pemain NBA, Lamar Odom.                      

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.