fbpx

6 Disember 2021, 2:21 pm

  TERKINI

AS sumbang lebih 8 juta dos vaksin ke Bangladesh, Filipina

Kementerian Kesihatan menjangka vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun akan bermula awal tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan menghantar lebih lapan juta dos vaksin Covid-19 ke Bangladesh dan Filipina.

Usaha itu merupakan bantuan terbaharu kepada negara-negara yang masih bergelut menangani pandemik Covid-19.

Menurut seorang pegawai di White House yang enggan dikenali, lima kontena yang mengandungi sebanyak 5,575,050 dos vaksin Covid-19 akan dihantar ke Filipina pada minggu depan.

Jelasnya, sebanyak 2,508,408 dos vaksin Covid-19 lagi akan tiba di Bangladesh pada awal minggu depan.

“Kami sedar usaha menamatkan pandemik Covid-19 ini memerlukan penghapusan di seluruh dunia.

“Sumbangan AS mewakili pembelian dan pemberian vaksin terbesar dicatatkan oleh sebuah negara,” katanya.

Dilaporkan, Bangladesh sudah menerima jutaan dos vaksin Covid-19 yang disumbang oleh AS termasuk 2.5 juta dos vaksin pada minggu lalu.

Berdasarkan pangkalan data AFP, hanya kira-kira 10 peratus penduduk Bangladesh menerima suntikan lengkap dua dos vaksin Covid-19. – AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI