BIRMINGHAM: Sekumpulan peserta protes berkumpul di hadapan ibu pejabat polis di Birmingham untuk membuat laporan yang mendakwa kononnya vaksin Covid-19 sebagai ‘cubaan membunuh’.
Lapor Metro, segelintir peserta protes merasakan suntikan vaksin yang diberikan kepada kanak-kanak bertentangan dengan kehendak mereka.
Polis West Midlands berkata, pihaknya memberitahu lelaki yang membuat laporan itu, dia berhak menyuarakan pendapat dan tindakan itu bukan jenayah.
Tiada mana-mana individu di negara ini yang dipaksa mengambil suntikan vaksin.
Mana-mana golongan dewasa dan kanak-kanak boleh mendapatkan suntikan vaksin manakala remaja berusia 16 dan 17 tahun boleh mendapatkan suntikan dos pertama.
Kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun akan ditawarkan suntikan vaksin pertama dengan kebenaran penjaga.









