Anak lembu terselamat jatuh telaga sedalam 6 meter - Utusan Malaysia

Anak lembu terselamat jatuh telaga sedalam 6 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasukan bomba di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) berjaya menyelamatkan seekor anak lembu yang jatuh dan terperosok ke dalam sebuah telaga sedalam 6.1 meter atau 20 kaki.

Lapor portal UPI, anak lembu itu dikatakan terperangkap dalam telaga dan berada dalam keadaan bahaya untuk mati lemas.

Jabatan Bomba Medway menerusi satu hantaran di laman Facebook memaklumkan sebuah pasukan dikerahkan ke ladang tempatan untuk melakukan kerja-kerja menyelamat haiwan ternakan itu.

Jelas jabatan berkenaan, pihaknya mendapat panggilan mengenai insiden tersebut dan bergegas ke tempat kejadian.

Jabatan itu turut memuat naik beberapa gambar mengenai operasi menyelamat di laman media sosial yang menjadi tular.

“Salah satu gambar itu menunjukkan seorang anggota bomba sedang naik keluar daripada telaga bersama anak lembu.

“Anggota bomba yang lain dan dua polis pula bersiap sedia untuk menarik serta mengangkat ternakan tersebut,” jelas laporan itu.

Menurut Jabatan Bomba Medway, anak lembu itu berjaya dikeluarkan daripada telaga dengan menggunakan tali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya