Anak kerap diejek, tidur dengan kambing dalam rumah - Utusan Malaysia

Anak kerap diejek, tidur dengan kambing dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Keadaan di sebuah rumah di Dusun Suren, Ngawi, kelihatan begitu daif apabila dinding dan pintunya hanya dibuat daripada anyaman buluh.

Dinding rumah usang itu turut kelihatan di celah-celahnya terlompong sehingga dimasuki angin.

Rumah yang menjadi teduhan sebuah keluarga turut dipenuhi bau kambing kerana berbumbungkan atap yang sama dengan sebuah kandang.

Sebuah keluarga yang memelihara kambing sebagai sumber pendapatan mereka terpaksa menempatkan haiwan peliharan itu di dalam rumah bersama anak-anak mereka kerana tiada pilihan lain.

Disebabkan itu, seorang kanak-kanak kerap diejek oleh kawan sekolah kerana tidur dengan kambing setiap malam, lapor Tribunnews.

Ibunya, Sri Hartuti berkata, ketika anaknya diejek dia akan kerap mengingatkan anaknya bahawa Tuhan sedang menguji mereka sekeluarga.

Wanita itu yang bekerja sebagai seorang guru berharap agar anak keduanya itu sentiasa mengingati kesukaran hidup mereka ketika besar kelak.

“Biar mereka ingat bagaimana rasanya menjadi susah sehingga tidak sombong apabila sudah berjaya kelak,” katanya.

Sri Hartuti bekerja sebagai guru kontrak dengan gaji 350,000 rupiah (RM102) sebulan.

Wanita itu sudah berkecimpung selama 17 tahun dalam bidang pendidikan.

Suaminya pula bekerja dengan mengambil upah di kebun dan pendapatannya juga tidak menentu dan tidak seberapa.

Keadaan mereka sekeluarga menyebabkan tidak mampu membina rumah yang lebih sesuai.

Bahkan, tempat yang didiami sekarang ini dibangunkan atas tanah perhutanan.

Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, Sri Hartuti tetap melaksanakan kewajipannya sebagai seorang pendidik.

Dia mahu masyarakat di kampungnya mampu menulis dan membaca kerana masih ramai yang buta huruf.

Selain itu, ramai anak-anak yang berhenti sekolah akibat dibelenggu kemiskinan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.