700,000 rakyat AS maut akibat Covid-19, melebihi rekod kematian Perang Dunia - Utusan Malaysia

700,000 rakyat AS maut akibat Covid-19, melebihi rekod kematian Perang Dunia

JOE Biden mahu penduduk Amerika Syarikat mendapatkan vaksin Covid-19 bagi mencegah penularan pandemik itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden terpaksa menerima hakikat apabila 700,000 rakyat negara itu maut akibat virus Covid-19.

Angka terkini itu direkodkan sejak Jumaat lalu yang menyaksikan bilangan itu melebihi rakyat AS yang mati semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Malah, sekiranya digabungkan dengan Perang Korea dan Vietnam, jumlah mangsa terlibat jauh lebih rendah daripada angka itu.

Angka itu menyamai populasi penduduk di Nashville, Tennessee atau Washington.

“Jumlah kematian yang dahsyat ini adalah satu peringatan betapa pentingnya mendapatkan suntikan vaksin.

“Vaksin adalah selamat, percuma dan mudah dalam mencegah penularan pandemik Covid-19,” kata Biden.

Menurut Biden, sebanyak tiga perempat penduduk AS sudah menerima suntikan dos pertama vaksin termasuk 94 peratus warga emas.

“Sekiranya anda belum divaksin, tolong dapatkannya segera. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda dan insan yang tersayang. Vaksin akan membantu kita membendung Covid-19 bersama-sama sebagai sebuah negara,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.