50 terkorban, serangan bom ketika solat Jumaat - Utusan Malaysia

50 terkorban, serangan bom ketika solat Jumaat

PENDUDUK mengangkat mayat mangsa serangan bom di sebuah masjid di Kunduz, Afghanistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUNDUZ: Sekurang-kurangnya 50 terkorban dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam letupan besar du sebuah masjid di bandar Kunduz, utara Afghanistan.

Penduduk memberitahu, letupan berlaku ketika jemaah menunaikan solat Jumaat, didakwa dilakukan pengebom bunuh diri.

Sumber perubatan di Hospital Wilayah Kunduz memberitahu, 35 mayat dan lebih 50 cedera dibawa ke hospital itu.

Tiada pihak setakat ini mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN