38 pesawat tentera China ceroboh ADIZ Taiwan - Utusan Malaysia

38 pesawat tentera China ceroboh ADIZ Taiwan

JET pejuang jenis J-16 antara pesawat tentera China yang melintasi Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) Taiwan. – KEMENTERIAN PERTAHANAN TAIWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Kerajaan Taiwan mengesan 38 pesawat tentera China memasuki Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) negara itu, sekali gus dilihat sebagai pencerobohan terbesar sejak beberapa bulan lalu.

Taipei memaklumkan sebanyak 22 pesawat pejuang China termasuk 18 jet jenis J-16 dan empat jet Su-30, mengiringi dua pesawat pengebom nuklear H-6 serta sebuah pesawat pengintip Y-8 dalam satu misi dijalankan kelmarin.

Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, pihaknya mengerahkan jet pejuang bagi memintas dan memberi amaran kepada pesawat China, di samping mengaktifkan sistem pertahanan peluru berpandu
bagi memantau keadaan.

Tambah kementerian itu, kumpulan kedua membabitkan 13 jet melintasi ADIZ pada Jumaat, dalam  `pencerobohan’ malam yang jarang berlaku, sekali gus menjadikan jumlah pesawat China melintasi kawasan itu sebanyak 38.

Misi kali ini adalah yang terbesar berbanding 28 jet memasuki ADIZ Taiwan pada 15 Jun lalu.

Misi itu dijalankan ketika ketegangan semakin meningkat di wilayah tersebut berikutan pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) berkaitan perolehan kapal selam nuklear yang menimbulkan kemarahan Beijing.

China sering melakukan misi seperti itu namun kali ini mereka mengambil ‘kepentingan baharu’ setelah perjanjian AUKUS.

Taiwan yang merupakan sekutu dekat AS, mungkin berperang untuk melindungi wilayah separa autonomi itu sekiranya berlaku pencerobohan berterusan oleh China.

Perjanjian AUKUS itu secara tidak langsung memberi gambaran UK dan Australia kini boleh diseret dalam konflik tersebut.

Sementara itu, data penjejakan penerbangan yang dikeluarkan oleh Taiwan menunjukkan jet J-16 dan pesawat pejuang Su-30 terbang jarak dekat ke ADIZ sebelum berpatah balik.

Dua pesawat pengebom H-6 pula terbang melengkung untuk waktu singkat di tepi ADIZ.

Dilaporkan, pesawat Y-8 terbang melalui laluan panjang di sepanjang selatan pulau sebelum berpatah balik.

Sejak setahun lalu, Taiwan beberapa kali mendakwa pesawat tentera udara China menghampiri sempadan negara itu khususnya di kawasan zon pertahanan udara berhampiran Kepulauan Pratas.

Berdasarkan data Kementerian Pertahanan, sekurangkurangnya sebuah pesawat tentera China melintasi zon pertahanan Taiwan hampir setiap hari pada bulan lalu.

Setakat ini, sebahagian besar misi dijalankan China hanya melibatkan sejumlah kecil pesawat namun misi pada Jumaat lalu merupakan luar biasa dari segi bilangan pesawat.

Dilaporkan, hanya tiga misi yang setanding melintasi ADIZ Taiwan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Misi pada 5 dan 23 September lalu masing-masing membabitkan 19 pesawat manakala 15 Jun lalu sebanyak 28 pesawat memasuki ADIZ,” jelas laporan itu. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN