QUETTA: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh selepas gempa bumi melanda selatan Pakistan, awal pagi tadi.
Gempa sekuat 5.7 pada skala Richter itu menyebabkan beberapa buah rumah rosak teruk dalam kejadian di Harnai, kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan.
“Seramai 15 ke 20 orang terbunuh. Jumlah kematian mungkin meningkat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah Balochistan kepada AFP.
Pegawai kanan wilayah, Suhail Anwar Hashmi berkata, kebanyakan yang terbunuh akibat dihempap bumbung dan dinding yang runtuh.
Seorang wanita dan enam kanak-kanak antara yang dilaporkan terbunuh.










