11 pelajar lemas di sungai Jawa Barat - Utusan Malaysia

11 pelajar lemas di sungai Jawa Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA BARAT: Seramai 11 pelajar Madrasah Tsanawiyah Harapan Baru Cijantung lemas ketika melakukan aktiviti menyusuri Sungai Cileueur di Jawa Barat.

Lapor Kompas.com, dua pelajar lain berada dalam keadaan kritikal selepas 150 ahli kumpulan pengakap berumur antara 13 hingga 15 tahun menyertai aktiviti itu.

Ketua Bahagian Kecemasan dan Logisitik Badan Pencegahan Bencana Daerah (BPBD), Memet Himat mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, selepas kesemua pelajar tiba di sekitar kawasan pesantren, masih terdapat pelajar yang dilaporkan belum pulang ke asrama.

Susulan itu, anggota BPBD bersama pasukan penyelamat menjalankan usaha pencarian.

Mangsa pertama ditemukan pada pukul 7.15 petang (waktu tempatan) semalam dan kesemua mangsa berjaya ditemukan.

“Mangsa difahamkan lemas akibat dibawa arus sungai yang tiba-tba melimpah dari arah hulu sungai.

“Semua mangsa yang dibawa arus sungai adalah seramai 21 orang, dengan 11 daripadanya meninggal dunia dan selebihnya selamat,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya