QUITO: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 12 lagi cedera dalam nahas jalan raya yang berlaku di Colta, wilayah Chimborazo di Ecuador.
Lapor Xinhua, kejadian itu dilaporkan oleh talian kecemasan negara itu, ECU 911.
ECU 911 menerusi kenyataan memaklumkan kemalangan itu berlaku pada awal pagi Isnin.
Ketika kejadian, sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di daerah Juan de Velasco Pangor semasa dalam perjalanan di lebuh raya Panamericana Sur.
“Laporan awal daripada pasukan penyelamat menyatakan bas tersebut melencong lalu terbabas ke dalam gaung yang kedalaman kira-kira 100 meter,” jelas kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, bas tersebut dalam perjalanan antara bandar barat daya Guayaquil dan tengah Ambato.
Pasukan penyelamat ECU 911 dan beberapa anggota teknikal termasuk ambulans dikerahkan untuk membantu mangsa di lokasi kejadian. – AGENSI










