Wanita Muslim calon pilihan raya majlis perbandaran Itali - Utusan Malaysia

Wanita Muslim calon pilihan raya majlis perbandaran Itali

MARIAM ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Seorang gadis Muslim berusia 20 tahun menjadi calon paling muda Pilihan Raya Datuk Bandar Rom dan Majlis Perbandaran yang akan diadakan 3 dan 4 Oktober depan. 

Pelajar undang-undang, Mariam Ali berasal dari Mesir yang dilahirkan dan dibesarkan di ibu negara Itali, berjanji akan memastikan ‘suara golongan muda, dewasa dan golongan memerlukan di bandar itu didengari ketika mereka memerlukan bantuan’.

Bandar itu dipenuhi dengan poster calon dari setiap parti bertanding bagi mentadbir ibu negara tersebut. 

Mariam merupakan calon mewakili parti ‘Demos-Solidariti dan Demokrasi’ yang memberikan sokongan kepada bekas Menteri Kewangan Itali, Roberto Gualtieri. 

Mariam melaksanakan kempen secara digital dengan menggunakan saluran media sosial untuk menyebarkan mesej serta kempen melakukan pengundian. 

Wanita itu mempunyai seramai 200,000 pengikut dalam Instagram dan 40,000 di Tiktok. 

Mariam memberitahu Arab News dia sudah banyak bertemu dengan orang ramai secara peribadi sepanjang kempen bagi mendengar isi hati mereka. 

Dia banyak mempelajari tentang bandar luar biasa itu semasa mengedarkan risalah kepada penduduk tempatan sambil memakai tudung dengan penuh rasa bangga.

“Saya bukan bertanding bagi mewakili orang Islam di Itali, tetapi saya bertanding sebagai penduduk Itali dan Rom. Sebagai anak muda, saya mahu memberi galakan kepada golongan muda lain supaya memberikan lebih banyak sumbangan kepada negara,” jelasnya.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.