Wanita hairan kucing gemuknya sentiasa lapar - Utusan Malaysia

Wanita hairan kucing gemuknya sentiasa lapar

KEITH yang berusia lapan tahun kini seberat 10.88 kg. – KENNEDY NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita dari Bristol terpaksa mengunci kabinet di dapur rumahnya bagi mengelakkan kucing gemuk miliknya ‘mencuri makanan’.

Lapor The Sun, Sara Matthew, 47, membelanjakan kira-kira 2,500 pound (RM14,360) melakukan ujian darah pada kucingnya bernama Keith untuk mengetahui punca haiwan peliharaannya sentiasa berasa
lapar.

Kata Matthew, sehingga kini, punca kelaparan Keith yang merupakan kucing terbiar, masih menjadi tanda tanya.

Jelasnya, meskipun dia mengunci peti sejuk dan kabinet dapurnya, Keith masih mencari makanan di tong
sampah rumah jirannya.

Keith yang berusia lapan tahun kini seberat 10.88 kilogram (kg), dua kali ganda berbanding berat badan kucing biasa.

“Kucing saya akan masuk ketika peti sejuk dibuka dan tak peduli jika kabinet dapur dikunci, Keith masih akan mencari jalan untuk makan.

“Keith merupakan kucing yang aktif dan saya rasa ia tak kisah dengan berat badannya yang semakin meningkat,” katanya.

Menurut Matthew, ketika Keith diselamatkan, kucing itu mengalami kekurangan zat dan mempunyai masalah kesihatan sehingga perlu diberi makanan khas.

Namun, katanya, berat badan Keith mula bertambah selepas haiwan peliharaannya kerap mencuri makanan kucing lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya