Wad bersalin terpaksa ditutup, 6 petugas berhenti kerja tak nak vaksin - Utusan Malaysia

Wad bersalin terpaksa ditutup, 6 petugas berhenti kerja tak nak vaksin

HOSPITAL Umum Lewis County di Lowville, New York. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Hospital Umum Lewis County di Lowville mengumumkan akan menangguhkan sementara perkhidmatan melahirkan anak selepas enam pekerja di wad bersalin berhenti kerja akibat enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengumuman itu berkuat kuasa 24 September depan, lapor Daily Mail.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Kesihatan Lewis County, Gerald Cayer berkata, pihak hospital akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk memastikan wad bersalin tidak ditutup sepenuhnya.

“Sekiranya kita boleh menangguhkan sementara perkhidmatan tersebut dan memberikan fokus untuk melantik jururawat baharu yang sudah divaksin, sudah tentu perkhidmatan melahirkan anak dapat beroperasi semula di Lewis County,” katanya.

Semua petugas kesihatan di negeri ini termasuk pekerja hospital dan fasiliti penjagaan jangka masa panjang diwajibkan menerima suntikan vaksin Covid-19 sebelum 27 September depan.

Menurut Cayer, semua pekerja di 30 hospital sudah menerima suntikan vaksin, manakala 30 petugas lain berhenti kerja akibat keengganan tersebut.

Jelasnya, masih terdapat ribuan kekosongan jawatan di utara Thruway dan pihaknya akan berdepan cabaran lebih besar memastikan semua petugas divaksin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN