Ustaz didakwa cabul 34 pelajar perempuan ditahan - Utusan Malaysia

Ustaz didakwa cabul 34 pelajar perempuan ditahan

SUSPEK yang juga seorang ustaz di sebuah sekolah agama didakwa melakukan pencabulan melibatkan 34 pelajar perempuan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis menahan seorang ustaz di sebuah sekolah agama berasrama di Trenggalek selepas didakwa mencabul 34 pelajar perempuan.

Detik melaporkan, Ketua Unit Siasatan Jenayah Trenggalek, Arief Rizky Wicaksana berkata, suspek berusia 34 tahun merupakan penduduk daerah Pule, Trenggalek.

“Ketika ini hanya ada seorang mangsa tampil membuat laporan. Tetapi daripada kenyataan mangsa dan pengakuan suspek, ada 34 pelajar perempuan yang menjadi mangsa.

“Kita menahan suspek dan sejumlah bukti,” katanya di sini hari ini.

Kes pencabulan itu terbongkar selepas seorang mangsa memberitahu ibu bapanya mengenai apa yang telah berlaku.

Ekoran itu, ibu bapa mangsa melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

“Sebelumnya ibu bapa mangsa bertanya mengenai seorang guru (ustaz) yang dibuang dari sekolah agama tersebut kepada mangsa. Mangsa kemudian menceritakan kejadian yang dialaminya,” jelas Arief.

Beliau memberitahu, suspek ditahan di Balai Polis Trenggalek dan berdepan penjara maksimum 15 tahun serta denda 5 bilion rupiah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN