United Airlines pecat 600 pekerja enggan divaksin - Utusan Malaysia

United Airlines pecat 600 pekerja enggan divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: United Airlines akan memecat hampir 600 kakitangan yang enggan mematuhi syarat mendapatkan vaksin Covid-19.

Menurut pegawai syarikat itu, selain 593 kakitangan yang enggan divaksin, terdapat 2,000 kakitangan memohon pengecualian atas alasan perubatan atau keagamaan daripada syarat tersebut.

Jumlah itu membentuk sekitar tiga peratus daripada keseluruhan kakitangan syarikat penerbangan seramai 67,000 pekerja.

Syarikat itu turut memaklumkan pihaknya berpuas hati dengan kesan keseluruhan dasar itu.

Ogos lalu, United Airlines mengumumkan semua kakitangan perlu mengambil vaksin dan memuat naik kad vaksinasi masing-masing ke dalam sistem syarikat tersebut.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya