Taliban tidak jadi umum kerajaan baharu hari ini - Utusan Malaysia

Taliban tidak jadi umum kerajaan baharu hari ini

ANGGOTA kumpulan Taliban mengawal keadaan jalan berdekatan Dataran Zanbaq, Kabul. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Pengumuman kerajaan baharu oleh Taliban tidak akan dilakukan hari ini dan bakal diumumkan seawal esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap Taliban ketika seluruh dunia terus menunggu kerajaan baharu Afghanistan di bawah pentadbiran Taliban.

Kumpulan itu sebelum ini memberi jaminan untuk mewujudkan kerajaan yang lebih telus, terutamanya dalam melindungi hak serta kebajikan wanita.

Dalam pada itu, ketua pejabat politik Taliban, Mullah Baradar dijangka mengetuai kerajaan baharu Afghanistan.

Perkara itu dimaklumkan oleh tiga sumber dari Taliban hari ini.

Mullah Mphammad Yaqoob, iaitu anak pengasas Taliban, Mullah Omar dan Sher Mohammad Abbas Stanekzai akan memegang jawatan pegawai kanan dalam kerajaan baharu tersebut. – AFP/AGENSI

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya