Sweden larang ibu bapa namakan bayi sebagai Vladimir Putin - Utusan Malaysia

Sweden larang ibu bapa namakan bayi sebagai Vladimir Putin

putin
PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Pihak berkuasa di Sweden melarang ibu bapa daripada menamakan bayi lelaki mereka yang baharu dilahirkan sebagai Vladmir Putin sempena nama Presiden Rusia. 

Lapor Daily Mail, pasangan dari Laholm di selatan Sweden mengemukakan permohonan untuk menamakan bayi mereka sempena nama Presiden Rusia kepada agensi pencukaian mengikut undang-undang negara. 

Namun, agensi itu tidak meluluskan permohonan tersebut tanpa menyatakan sebarang alasan. 

Berdasarkan undang-undang Sweden, sesuatu nama boleh dilarang daripada digunakan sekiranya ia mempunyai kandungan menyinggung perasaan atau membawa ketidakselesaan kepada pembawa.

Stesen penyiar SR melaporkan pasangan itu dimaklumkan untuk menukar nama berkenaan. 

Kejadian itu bukan kali pertama berlaku di Sweden.

Sebelum ini, agensi tersebut pernah melarang beberapa nama antaranya Ford, Michael Jackson, Pilzner, Q dan Token.

Dilaporkan, pasangan lain juga pernah menamakan anak mereka sebagai Google tanpa mengalami sebarang masalah.

Pada 2019, nama Lucas, Liam dan William paling banyak dipilih untuk bayi lelaki di Sweden.

Bagi bayi perempuan, nama Alice, Olivia dan Astrid menjadi pilihan oleh penduduk Sweden. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya