Suspek pengganas NZ penyokong ideologi Daesh - Utusan Malaysia

Suspek pengganas NZ penyokong ideologi Daesh

ORANG ramai dibawa keluar segera selepas seorang lelaki menikam pengunjung di pasar raya di Auckland, New Zealand. - STUFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Sekurang-kurangnya enam orang cedera dengan tiga daripadanya parah selepas ditikam seorang lelaki dalam satu serangan di sebuah pasar raya di Auckland semalam.

Lapor The Sydney Morning Herald, Insiden yang disifatkan serangan pengganas oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern itu menyaksikan suspek ditembak mati di tempat kejadian.

Beberapa saksi memaklumkan, suspek menikam sejumlah mangsa sebelum dia ditembak oleh polis.

“Suspek merupakan penyokong tegar ideologi Daesh dan dia merupakan rakyat Sri Lanka yang datang ke negara ini pada 2011.

“Serangan itu amat teruk dan seharusnya tidak berlaku. Suspek bertindak seorang diri tanpa melibatkan mana-mana pihak,” katanya.

Saksi yang hanya dikenali sebagai Tim memberitahu, seorang lelaki warga emas terbaring atas lantai dengan luka tikaman pada perut.

Katanya, seorang wanita pertengahan umur turut cedera ditikam pada bahunya.

Seorang lagi saksi, Michelle Miller menyatakan, suspek berlari seperti ‘orang gila’ dan menyerang pengunjung dalam pasar raya tersebut.

“Saya dengar orang ramai menjerit dan berlari ketakutan, selain mendengar polis meminta suspek menyerah diri sebelum dia ditembak,” ujarnya.

Sementara itu, polis akan menyiasat insiden tersebut dan mengenal pasti motif kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya