Sistem data PBB digodam Rusia? - Utusan Malaysia

Sistem data PBB digodam Rusia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Data sistem dalaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digodam sejak April lalu menggunakan maklumat sulit daftar masuk pekerja yang dicuri dalam pasaran laman web gelap (dark web) serendah AS$1,000 (RM4,145).

Lapor Daily Mail, gabungan nama pengguna dan kata laluan dijual oleh penjenayah siber berbahasa Rusia, namun, identiti penggodam dan tujuan mereka melakukan perkara tersebut belum diketahui.

Penggodam berjaya meng­akses perisian pengurusan projek Umoja yang mempunyai maklumat berharga mengenai kerajaan dan misi kemanusiaan di seluruh dunia.

PBB yang mempunyai hubu­ngan dengan negara dan syarikat besar menjadi sasaran penggodam yang sentiasa mengejar organisasi berpengaruh dengan tujuan menjual akses maklumat yang sangat dikehendaki.

Menurut Bloomberg, penggodam mengakses sistem PBB, 5 April lalu dan masih bergiat aktif dalam rangkaian siber bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Resecurity, Gene Yoo berkata, organisasi seperti PBB adalah sasaran bernilai tinggi bagi aktiviti pengintipan siber.

“Penggodam melakukan pencerobohan dengan tujuan mengorbankan sejumlah besar pengguna dalam rangkaian maklumat PBB untuk pengumpulan risikan jangka panjang,” katanya.

Syarikat keselamatan siber itu memberi peringatan kepada PBB mengenai aktiviti pencerobohan data pada Julai lalu, selepas melakukan pemantauan laman web gelap itu.

PBB memberi maklum balas penggodam hanya mengambil tangkap layar sahaja.

Namun, selepas firma itu mendedahkan mengenai data yang dicuri, PBB langsung tidak memberikan sebarang maklum balas dan berhenti menghubungi mereka.

Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, pihaknya menyedari perkara tersebut dan mengesan lebih banyak penggodaman sebelum syarikat Resecurity memaklumkan mengenai hal itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN