Sindiket 'Baim Wong' tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket ‘Baim Wong’ tumpas

PIHAK polis mengadakan sidang akhbar mengenai sindiket penipuan yang menyalahgunakan nama Baim Wong di Metro Jaya.-SUARA.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bahagian Siasatan Jenayah Polis Metro jaya berjaya memberkas seramai 10 ahli sindiket penipuan menggunakan nama artis Baim Wong. 

Lapor Suara.com, suspek memperdaya mangsa kononnya memenangi hadiah wang tunai bernilai 50 juta rupiah (RM14,574) secara percuma. 

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, kes terbongkar selepas pihaknya menerima laporan daripada Baim Wong sendiri selepas mendapati namanya digunakan oleh dalang sindiket tersebut. 

Katanya, sindiket menjalankan modus operandi melibatkan dua kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada dua sehingga lapan orang.

Jelasnya, mereka akan menggunakan taktik sama dengan menghantar kiriman mesej kepada mangsa. 

“Mereka akan menghantar mesej secara rawak kepada mangsa dengan kandungan mesej tertera ucapan tahniah, nombor yang mengatakan layak mendapat 50 juta rupiah secara percuma dari Baim Wong,” jelasnya.

Menurut Yusri, selepas berjaya mendapatkan mangsa, ahli sindiket akan meminta beberapa bayaran bagi tujuan pengurusan, cukai serta kos penyiaran untuk siaran televisyen swasta. 

Katanya, seorang mangsa turut mengaku pernah ditipu sebanyak 11 juta rupiah (RM3,200).  

Kes disiasat mengikut Perkara 378 Kanun Keseksaan dan pesalah berdepan hukuman penjara selama empat tahun. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN