MOGADISHU: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dalam insiden letupan pengebom berani mati di ibu negara Somalia.
Lapor Al Jazeera, polis dan beberapa saksi memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Serangan yang berlaku semalam membunuh dan mencederakan orang awam dan anggota keselamatan.
“Siasatan masih berjalan namun dengan mengambil kira semua petunjuk yang ada setakat ini, seorang pengebom berani mati menyebabkan letupan itu,” kata anggota polis Mohamed Ali.
Menurut Mohamed Ali, sebanyak enam anggota pasukan keselamatan dan tiga orang awam terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam kejadian itu.
Seorang lagi anggota polis, Dadir Hassan berkata, pengebom berani mati menyasarkan sebuah kedai berhampiran pangkalan tentera di Mogadishu. – AGENSI










