Sel terkunci, banduan rentung terbakar - Utusan Malaysia

Sel terkunci, banduan rentung terbakar

POLIS dan pihak hospital menyimpan mayat mangsa dalam beg khas di Hospital Tangerang.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Undang-Undang, Yasonna Laoly menjelaskan sel yang menempatkan banduan dikunci kerana sudah menjadi standard operasi standard (SOP) pihak penjara. 

Katanya, sel itu tidak sempat dibuka kerana api sudah marak dan membesar dengan cepat. 

“Kalian bertanya mengapa sel dikunci, sedangkan itu adalah protokol. Sekiranya tidak dikunci, ia akan melanggar protokol ditetapkan,” katanya ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar, lapor Kompas.com. 

Beliau mengulas mengenai Penjara Kelas Satu Tangerang di kepulauan Jawa yang terbakar sehingga mengorbankan 41 banduan dan berpuluh-puluh lain cedera. 

Penjara yang menempatkan seramai 2,072 banduan mengorbankan 41 mangsa di Blok C penjara tersebut. 

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Umum Daerah Tangerang, Banten. 

Sementara itu, Ketua Polis Metro Jaya, Fadil Imran berkata, punca kejadian berkemungkinan disebabkan akibat litar pintas di blok tersebut.  

Namun jelasnya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. 

Katanya, keadaan di penjara itu masih dalam kawalan dan mengerahkan seramai 150 anggota polis ke penjara tersebut.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN