Ribut suria landa Bumi minggu ini? - Utusan Malaysia

Ribut suria landa Bumi minggu ini?

RIBUT suria boleh menjejaskan sistem satelit bumi. - NASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Beberapa pakar meramalkan ribut geomagnetik atau suria akan melanda bumi pada minggu ini sehingga membawa malapetaka yang tidak diingini.

Lapor Daily Star, Pusat Ramalan Cuaca Angkasa di  Perkhidmatan Cuaca Nasional (SWPC) Amerika Syarikat (AS) pula memaklumkan gangguan besar magnetosfera bumi itu berlaku semalam.       

Fenomena itu berlaku berikutan pengeluaran plasma dan medan magnet dari matahari secara besar-besaran pada 28 Ogos lalu.

Ribut itu boleh menjejaskan grid elektrik, transformer, dan mengganggu satelit serta komunikasi radio bahkan cahaya Aurora Borealis (Northern Lights) ‘berganjak’ lebih jauh ke selatan berbanding biasa.

“Penyemburan jisim korona (CME) diramalkan sampai ke bumi pada 1 hingga 2 September.. Sekiranya CME ini wujud, ia berpotensi mengakibatkan keadaan ribut tahap G1 hingga G2,” jelas SWPC menerusi kenyataan.

Ribut geomagnetik dinilai pada skala satu hingga lima dengan tahap 1 paling lemah dan 5 berpotensi mencetuskan kerosakan.

Pada tahap 1, ribut suria boleh boleh menjejaskan grid kuasa dan memberi impak kecil kepada operasi satelit.

Sementara itu, profesor dari Institut Pengurangan Risiko dan Bencana di UCL, Dr. Robert Wicks dalam satu temubual bersama Sky News memaklumkan ribut geomagnetik boleh menyebabkan bekalan elektrik terputus

Katanya, gangguan komunikasi dan satelit boleh membahayakan sistem penerbangan, selain urusan harian seperti sistem penggunaan kad kredit dan perbankan turut terjejas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.