fbpx

Restoran di Arizona masak `chimichanga’ sepanjang 779cm

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHOENIX: Sebuah restoran di Arizona, Amerika Syarikat (AS) menyambut ulang tahun ke-75 dengan menyediakan hidangan chimichanga sepanjang 25 kaki 7 inci atau 779.78 sentimeter (cm).

Lapor portal UPI, ia dipercayai merupakan Rekod Dunia Guinness baharu.

Menurut Pengarah Pemasaran dan Pengurusan Jenama untuk restoran Mexico Macayo, Ashley Negron, pihaknya dimaklumkan oleh Rekod Dunia Guinness bahawa belum ada sebarang rekod bagi kategori tersebut.

“Jadi, organisasi itu menetapkan beberapa syarat untuk mendapatkan gelaran tersebut,” katanya.

Jelas Negron, sebuah pasukan yang membabitkan 25 pekerja restoran Macayo berkumpul di sebuah lokasi di Ahwatukee untuk menghasilkan buritto goreng yang besar itu.

Katanya, hidangan itu memerlukan puluhan tepung tortila, ayam sebanyak 226.7 kilogram (kg), kacang goreng (113 kg), beras (113 kg) dan beberapa gelen salsa.

Jelas Negron, bahan bukti termasuk rakaman video proses menghasilkan hidangan itu sudah diserahkan kepada Rekod Dunia Guinness untuk kelulusan. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI