Ratusan penduduk bakar masjid di Kalimantan Barat - Utusan Malaysia

Ratusan penduduk bakar masjid di Kalimantan Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALIMANTAN BARAT: Selepas isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, Indonesia sekali lagi berdepan kontroversi apabila Masjid Ahmadiyah di Sintang mahu dibakar kira-kira 200 penduduk tempatan.

Lapor Tribunnews, Ketua Perhubungan Awam Polis Kalimantan Barat, Donny Charles mengesahkan kejadian tersebut dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, bangunan di belakang kawasan masjid terbakar manakala masjid sendiri mengalami kerosakan akibat kejadian itu.

Disebabkan itu, pihaknya mengerahkan seramai 300 anggota polis bagi mengawal keselamatan orang ramai.

“Kejadian dikatakan berlaku akibat penduduk kecewa dengan kerajaan tempatan Sintang yang melarang Jemaah Ahmadiyah daripada bergiat aktif sedangkan rumah ibadat itu masih beroperasi,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN