Puting beliung landa Lampung Timur, 16 buah rumah rosak teruk - Utusan Malaysia

Puting beliung landa Lampung Timur, 16 buah rumah rosak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Puting beliung melanda Lampung Timur, Wilayah Lampung sekitar pukul 4 petang tadi (waktu Indonesia Barat).

CNN Indonesia melaporkan, bencana itu menyebabkan beberapa buah rumah rosak teruk.

Pelaksana Tugas Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana, Badan Nasional Tindak Balas Bencana (BNPB), Abdul Muhari mengatakan, sekurang-kurangnya 16 rumah rosak akibat diterjang angin puting beliung.

“Selain itu, terdapat kemudahan awam yang terjejas termasuk bangunan sekolah dasar dan musolla,” katanya.

Jelas Abdul Muhari, BNPB Lampung telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi memindahkan mangsa ke lokasi selamat.

“Kita juga bersama masyarakat setempat bergotong-royong membersihkan pokok tumbang di jalan raya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN