Pesawat Batik Air berlepas lewat akibat masalah brek - Utusan Malaysia

Pesawat Batik Air berlepas lewat akibat masalah brek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pesawat Batik Air ID-7010 dikesan mengalami masalah pada bahagian enjin menyebabkannya gagal untuk berlepas tepat pada masanya ke Jakarta dari Bandara Internasional Kualanamu, Deli Serdang, Sumatera Utara.

Menurut bahagian Strategi Komunikasi Korporat Batik Air, Danang Mandala Prihantoro, pesawat itu sepatutnya bertolak pada pukul 9.00 pagi (waktu tempatan), hari ini.

Namun katanya, juruterbang melihat indikator yang menunjukkan adanya masalah pada komponen brek pendaftaran pesawat jenis Airbus 320-200CEO PK-LUZ.

“Juruterbang memutuskan untuk membatalkan atau menunda pergerakan ke landasan kerana pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Selepas hampir dua jam pemeriksaan dilakukan, pesawat yang membawa 112 penumpang itu akhirnya berlepas.

“Pesawat itu mendarat di Bandara Halim Perdanakusuma, Jakarta pada pukul 12.32 (waktu tempatan),” kata Danang.-KOMPAS.COM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN