Pesalah seks belia melonjak hampir 50% - Utusan Malaysia

Pesalah seks belia melonjak hampir 50%

DUA wanita duduk berehat di pusat bandar di Singapura. Kerajaan melahirkan rasa bimbang dengan peningkatan jenayah seksual dalam negara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Jumlah pesalah seks dalam kalangan belia yang terlibat dalam kes cabul dan rogol meningkat hampir 50 peratus sepanjang lima tahun lalu.

Berita Mediacorp melaporkan, kes penagih melibatkan golongan itu pula meningkat 10 peratus bagi tempoh yang sama.

Data tersebut cukup membimbangkan walaupun secara keseluruhan, jumlah pesalah belia merosot kepada 2,400 pesalah tahun lalu, berbanding 4,000 pesalah pada 2010.

Dapatan itu dikongsi Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam satu simposium tentang belia berisiko di sini baru-baru ini.

Bagi meningkatkan usaha menangani remaja bermasalah, kerajaan menggesa agar satu pendekatan yang lebih mendalam diambil.

Ini termasuk pencegahan awal bagi keluarga dengan latar belakang yang mencabar serta penyelarasan bantuan kepada keluarga terbabit.

Sebagai contoh, inisiatif sedia ada seperti ComLink yang secara aktif mendekati penghuni flat sewa yang mempunyai anak dan menawarkan mereka dengan sokongan sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN