fbpx

22 Oktober 2021, 10:36 am

  TERKINI

Peneroka gua temukan ‘telaga neraka’, ‘penjara jin’

LUBANG yang ditemukan di kawasan padang pasir di wilayah timur Yaman. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Sekumpulan peneroka gua menemukan apa yang dianggap sebagai dasar ‘telaga neraka’, lubang besar di kawasan padang pasir di Yaman.

DailyMail melaporkan, dikenali Perigi Barhout, lubang besar itu merupakan keajaiban semula jadi yang dianggap penduduk setempat sebagai ‘penjara jin’.

Namun kumpulan peneroka dari Eksplorasi Guan Oman (OCET) hanya menemukan ular, bangkai haiwan dan mutiara gua.

“Ada ular tetapi haiwan itu tidak akan ganggu kita jika kita tidak mengganggunya,” jelas Mohammad al-Kindi, seorang Profesor Geologi di Universiti Teknologi Jerman di Oman kepada AFP.

Lubang tersebut terletak di padang pasir wilayah timur Yaman, al-Mahra.

Menurut Mohammad, pihaknya mengumpul sampel air, batu, tanah dan haiwan mati dan akan menganalisisnya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI