WASHINGTON: Seorang pelajar universiti dituduh membuang sebanyak 2,977 bendera Amerika Syarikat (AS) yang dipasang sempena majlis memperingati ulang tahun ke-20 insiden serangan 11 September 2001.
Daily Mail melaporkan, Fadel Alkilani yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Majlis Senat Pelajar di St. Louis, Universiti Missouri dituduh membuang bendera tersebut ke dalam beg sampah berwarna biru.
Insiden tersebut dimuat naik dalam Twitter oleh Young Americans for Freedom yang merakam tindakan Fadel.
Tindakan lelaki itu didakwa melanggar peraturan di institusi pendidikan walaupun Fadel menafikannya.
“Saya tidak melanggar sebarang polisi universiti atau undang-undang di sini. Sila pergi dari sini sekarang,” katanya.
Fadel menjelaskan tindakan tersebut kerana protes terhadap tindakan ketenteraan AS dan kehilangan 900,000 nyawa selepas serangan 11 September,” tegasnya.